Memuat turun dan memasang perisian Entiti Creator
- Abam Jeff
- Sep 12, 2017
- 2 min read
Pada entri kali ini, admin nak perkenalkan pada semua followers tentang satu perisian menghasilkan Augmentasi Realiti yang dikenali sebagai "Entiti Creator". Perisian ini membolehkan kita belajar dan menghasilkan Augmentasi Realiti yang kita inginkan. jom kita tengok bagaimana cara untuk mendapatkan dan memasang perisian ini di komputer kita.
Langkah :-
1. pengguna boleh mendapatkan perisian "Entiti Creator" ini menggunakan apa sahaja pelayar internet dilaman sesawang "www.wakingapp.com" .

2. pengguna dikehendaki untuk scroll kebawah sedikit antaramuka laman terbabit bagi mendapatkan menu untuk memuat turun perisian.

3. pengguna perlu membuat pilihan samada ingin download menggunakan pilihan "Mac download" ataupun "PC download" berdasarkan jenis sistem komputer yang digunakan. admin menggunakan perisian sistem microsoft, maka admin pilih "PC download". kemudian klik pada butang menu tersebut.

4. Pelayar internet akan memuat turun perisian tersebut dan menyimpan dilokasi yang ditetapkan oleh pelayar internet masing-masing. macam admin gunakan google chrome maka perisian yang dimuat turun akan tertera dibahagian bawah pelayar.

5. klik pada file tersebut maka akan terpapar menu pilihan. pilih menu "Open" untuk menjalankan proses installasi perisian ini.

6. Paparan tetingkap perisian Entiti akan keluar seperti ini dan pengguna perlu klik pada butang "Next" .

7. Seterusnya tandakan pada ruang kotak disebelah "I accept the aggrement" menandakan kita bersetuju dengan syarat yang dikeluarkan oleh pengeluar perisian Entiti ini dan seterusnya klik butang "Next".

8. Langkah seterusnya, Klik butang "Next" pada tetingkap ruangan "Readme information".

9. Klik butang "Next" pada tetingkap ruangan "select App Folder ".

10. Pengguna boleh membuat pilihan untuk membuat shortcut dan seterusnya klik butang "Next".

11. Langkah seterusnya Klik butang "Install" .

12. Langkah seterusnya menunggu pemasangan perisian selesai, kemudian klik butang "Finish" . pada peringkat ini sebenarnya perisian telah pun selesai di install ,akan tetapi terdapat keperluan penetapan perisian diperlukan. maka proses seterusnya akan berlaku.

13. seterusnya, secara automatik perisian Entiti Creator akan dibuka maka akan keluar satu paparan tetingkap "Select Region" untuk penetapan. Klik pada butang menu "US" .

14. Klik pada butang "Ok".

15. seterusnya adalah pendaftaran untuk mendapatkan akses menggunakan perisian ini dangan meng"klik" butang "Don't have an account yet?". setelah selesai mendaftar baru lah dibenarkan untuk mengakses perisian tersebut dan bagi yang telah mempunyai akaun boleh lah terus mengakses perisian ini dengan mengisi email dan password yang telah didaftarkan.

sampai disini sahaja pengkongsian ilmu kita berkaitan memuat turun dan memasang perisian Entiti Creator. pada entri yang akan datang admin akan kongsikan ilmu bagaimana menghasilkan Augmentasi realiti menggunakan perisian Entiti Creator ini. sekian, terima kasih.
Comments