Tutorial membuat AR model 3D menggunakan perisian Entiti Creator.
- Abam Jeff
- Sep 14, 2017
- 3 min read
Selamat bertemu kembali kita diruangan corat coret setelah sekian lama admin menyepikan diri, namun pada kali ini admin ingin berkongsi ilmu serba sedikit dengan followers semua tentang cara menghasilkan Augmentasi Realiti menggunakan perisian Entiti Creator dari Wakingapp. Berikut merupakan step-step atau langkah-langkah bagaimana untuk menghasilkan Augmentasi Realiti model 3d :-
1. Klik ikon "Entiti Creator".

2. Langkah seterusnya akan keluar satu paparan "System Login", dimana pengguna dikehendaki memasukkan "Email" dan "Password".

3. Klik butang "LOGIN" untuk masuk kedalam perisian Entiti.

4. Satu paparan tetingkap "Create or open project" akan keluar. kemudian klik pada butang "Create new project".

5. Satu paparan tetingkap "Create Project" akan keluar. disini pengguna perlu membuat penetapan di 3 bahagian pemilihan iaitu "Choose Entiti type" , "Select a template" dan "Name your Entiti". penetapan adalah seperti berikut :
"Choose Entiti type" ------> "Augmented Reality"
"Select a template" -------> "3D model Viewer"
"Name your Entiti" -------> 3D model

6. Kemudian klik pada butang "Create" .

7. Pengguna dibawa ke paparan tetingkap antaramuka perisian Entiti Creator Beta.

8. Arahan seterusnya, pengguna dikehendaki mengikut arahan Step 1. iaitu double klik pada bahagian "Image Target".

9. Pengguna akan dibawa ke antaramuka ruangan kerja "Scene".

10. Seterusnya, klik pada tab menu "Image Target"

11. Pengguna akan dibawa ke paparan antaramuka "Image Target Library". dibahagian "Select an image target " ini pengguna mempunyai 2 pilihan samada mahu menggunakan imej yang baru ataupun imej tersedia. imej bermaksud gambar JPEG atau PNG

12. Setelah pengguna klik pada imej mana yang mahu digunakan, kemudian klik pada butang kekanan (bertujuan mengimport imej ke "Preview Selected in scene").

13. Apabila imej telah berpindah ke ruangan "Preview selected in scene", sila klik butang "Preview selected in scene" untuk proses seterusnya.

14. Pengguna akan dibawa kembali ke antaramuka "Scene". imej berjaya diletakkan di kawasan "Image Target".

15. Langkah seterusnya adalah menukarkan imej 3D berbentuk teko kepada yang dimahukan oleh pengguna.
diperingkat ini pengguna perlu memuat turun dahulu model 3D yang menggunakan extension (.fbx) dari mana-mana laman web yang menyediakan pelbagai model 3D sebagai contoh di laman sesawang Clara.io (https://clara.io/scenes).

16. Langkah seterusnya, klik pada tab "Library".

17. Klik pada menu "Upload" di ruangan bahagian "Actions"

18. Paparan tetingkap "File Browser" akan keluar. di peringkat ini pengguna perlu mencari dimana letaknya file model 3D yang telah dimuat turun dari laman sesawang.

19. Langkah seterusnya, pilih file model 3D dan klik butang "Upload".

20. Langkah berikutnya, apabila file 3D model telah dimuat naik. pastikan file yang dimuat naik benar-benar telah bersedia untuk digunakan dengan memastikan tanda jam di file tersebut telah hilang.

21. Klik pada tab menu "Scene" untuk kembali ke ruangan "Scene".

22. Langkah seterusnya apabila telah kembali ke ruangan "Scene", double klik pada model teko untuk proses penukaran model 3D.

23. Paparan tetingkap "Asset Browser" akan keluar, pengguna boleh memilih file model 3D mana yang hendak digunakan dan klik butang "Confirm".

24. Pada peringkat ini, Saiz model 3D yang pilih berkemungkinan bersaiz besar ataupun kecil, jadi pengguna jangan panik sekiranya model 3D yang digunakan tidak nampak pada ruangan "Scene". apa yang harus dilakukan ialah pengguna boleh menggunakan fungsi scroll pada tetikus supaya ruangan "Scene" itu mengecil atau membesar seperti contoh dibawah.


25. Langkah seterusnya membabitkan pengubahsuaian saiz model 3D mengikut kesesuaian pengguna. klik butang bentuk X untuk mengaktifkan pengawalan saiz.
Kiub berwarna putih adalah untuk mengawal saiz keseluruhan imej.
Palang merah berfungsi mengawal lebar tepi imej
Palang hijau berfungsi mengawal ketinggian imej
Palang biru berfungsi mengawal lebar hadapan imej


26. Langkah seterusnya mengubahsuai pusingan objek mengikut kehendak pengguna. klik pada menu fungsi "Change object's rotation" untuk mengaktifkan kawalan pengubahsuaian. kemudian klik tanpa lepas tetikus pada mana-mana fungsi yang ingin digunakan


27. Langkah seterusnya mengawal pergerakan lokasi objek mengikut kehendak pengguna. Klik menu fungsi "Change object's position" . kemudian klik tanpa lepas tetikus pada mana-mana fungsi yang ingin digunakan

28. Setelah berpuas hati dengan saiz dan kedudukan objek maka langkah seterusnya adalah "Save" kan file model 3D tersebut dengan menekan butang "Save"

29. Paparan menandakan file telah di "Save" kan akan muncul. kemudian Klik butang "Close" untuk keluar dari paparan tersebut.

30. Langkah seterusnya adalah mem"Publish"kan model 3d. klik butang "Publish".

31. Seterusnya tetingkap "Publish project" akan muncul dan disini terdapat dua pilihan samada pengguna ingin menyiarkan secara "Public" atau pun "Private". cuma buat pilihan dan kemudian pengguna perlulah menekan butang "Publish".

32. Seterusnya tetingkap pengesahan Model telah di "Publish" kan akan keluar dan klik butang "Close" untuk keluar dari tetingkap.


maka dengan itu terhasil lah dengan lengkapnya model 3D yang dibangunkan menggunakan perisian Entiti Creator ini. sekiranya pengguna ingin melihat hasil Augmentasi realiti tersebut boleh lah mendapatkan perisian Entiti viewer di google apps dan install di smartphone yang mempunyai kekuatan pemprosesan yang bersesuaian dengan spesifikasi yang apps tersebut kehendaki. sekian dari saya untuk perkongsian ilmu bagaimana membuat AR menggunakan perisian Entiti Creator.
Comments