top of page


Augmented Reality


Pengenalan Teknologi Augmentasi Realiti

Teknologi Augmentasi Realiti ataupun AR adalah merupakan teknologi yang telah didefinisikan oleh penciptanya sebagai keadaan dimana pengguna dapat melihat gabungan diantara objek maya dan dunia sebenar dalam masa nyata. Iaitu secara teknikalnya AR adalah merupakan teknologi yang menggabungkan unsur-unsur dunia sebenar yang dilihat daripada kamera dengan unsur-unsur tambahan dalam bentuk multimedia seperti teks, video, animasi dan model 3D. Menerusi teknologi itu, pengguna akan dapat melihat objek maya dalam dunia nyata.

 


Terdapat dua jenis aplikasi Augmentasi Realiti iaitu :

  • AR Berasaskan Penanda (marker based AR)
    AR yang berasaskan penanda memerlukan penanda/label tertentu untuk mendaftarkan posisi objek maya 3D yang akan di paparkan di persekitaran dunia sebenar. kamera dan penanda merupakan antara peralatan asas bagi aplikasi AR yang berasaskan penanda yang biasa digunakan. Penanda yang selalu digunakan adalah merupakan kad atau kertas berbentuk segi empat yang mana di atas kad tersebut mempunyai corak atau garisan tertentu. Dengan mengesan penanda AR pada kad atau kertas menerusi rakaman kamera , elemen maya kemudian akan dijanakan oleh perisian AR dan seterusnya dipaparkan di skrin monitor.

 

  • AR Tanpa Penanda (Markerless AR)
    AR tanpa penanda menggunakan data posisi atau lokasi yang dihasilkan oleh peranti mudah alih, sistem kedudukan global (GPS) atau mana-mana bahagian dalam persekitaran sebenar untuk menentukan lokasi dan sasaran, kemudian menjanakan dan memaparkan maklumat secara maya.

augmented-reality-trends-1.jpg

Sejarah Augmentasi Realiti



Perkembangan teknologi semakin bertumbuh pesat….tumbuh bagaikan lalang yang segar, dalam menuju kearah impian negara maju iaitu wawasan 2020 yang mana suatu ketika dahulu kita sering membayangkan pada ketika itu teknologi didunia sudah maju kehadapan. Ternyata kini bayangan itu semakin menghampiri, begitu lah dimana pada masa kini teknologi augmentasi realiti semakin mendapat sambutan dan banyak dibuat kajian tentang perkembangannya , berikut diterangkan sejarah bagaimana AR mula berkembang :

  • Penemuan teknologi AR telah bermula pada tahun 1957 – 1962, apabila seorang sinematografi bernama Morton Heilig telah mencipta sebuah simulator yang dilengkapi dengan visual, getaran dan bau yang dinamakan “sensorama”.

  • Pada tahun 1966 pula head-mounted display telah berjaya dicipta oleh Ivan Sutherland dan beliau mengatakan HMD itu merupakan jalan menuju ke alam maya.

  • Pada tahun 1975, Myron Krueger pula telah mencipta Videoplace dimana ia memungkinkan pengguna dapat berinteraksi dengan objek maya untuk pertama kalinya.

  • Pada tahun 1989, Jaron Lanier telah memperkenalkan realiti maya dan menjalankan perniagaan komersial pertama di alam maya, dan pada tahun 1992 beliau telah mengembangkan teknologi AR dengan melakukan baikpulih terhadap pesawat boeing dengan menggunakan teknologi AR.

  • Pada tahun 1992, L.B. Rosenberg telah berjaya mengembangkan lagi satu fungsi AR yang disebut sebagai Virtual Fixtures yang digunakan oleh tentera udara AS Armstrong Labs dan menunjukkan faedah fungsi itu kepada manusia. Manakala pada tahun yang sama juga Steven Feiner, Blair Macintyre dan Doree Seligmann telah memperkenalkan Major Paper untuk perkembangan prototaip AR.

  • Pada tahun 1999, Hirokazu Kato telah menperkenalkan ArToolkit di HITlab dan membuat demostrasi di SIGGRAPH.

  • Tahun 2000, Bruce H. Thomas berjaya mencipta Mobile Game yang pertama dikenali sebagai ARQuake dan diperkenalkan di International Symposium on Wearable Computers.

  • Pada tahun 2008, Wikitude AR travel Guide telah memperkenalkan Android G1 telephone yang menggunakan teknologi AR.

  • Saqoosha telah memperkenalkan FLARToolkit  pada tahun 2009 dan ia merupakan kesinambungan dari ArToolkit. Penemuan ini membolehkan kita menggunakan teknologi AR di sebuah website kerana Output yang dihasilkan berbentuk Flash.  Ditahun yang sama juga perisian sistem navigasi menggunakan teknologi AR juga telah dihasilkan oleh Wikitude di platform Android.

  • Pada tahun 2010, Acrossair telah menggunakan teknologi AR pada IPhone 3Gs.

Pada masa kini Augmentasi Realiti telah disebut sebut sebagai teknologi penting dalam  masa depan . Augmentasi Realiti (AR)  kini secara meluas dikaji dan berubah pesat.  Teknologi  ini adalah sangat menarik  dan  interaktif dan oleh itu terdapat pelbagai aplikasi besar yang berpotensi seperti dalam bidang perubatan, pembuatan, perancangan bandar, seni bina, arkeologi, pendidikan dan banyak lagi. Kini ia telah tersebar di mana-mana dalam masyarakat kita, dimana dianggap sebagai teknologi penting di masa hadapan.

ar2.jpg

Penggunaan Teknologi AR dalam kerja seharian sebagai seorang penolong pegawai sains dan staf universiti.



       Seiring dangan kemajuan dan kepesatan teknologi pada masa kini sebagai seorang penolong pegawai sains dan juga staf universiti adalah menjadi tanggungjawab membawa dan membantu diri dan juga pihak universiti supaya seiring dengan kehendak universiti iaitu menuju ke arah universiti berkelas dunia.

       Cadangan untuk menerapkan penggunaan teknologi AR dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu perkara yang membanggakan kerana tidak banyak lagi universiti didunia mengamalkan dan menggunakan teknologi AR ini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Bagi keperluan diri sendiri sebagai seorang penolong pegawai sains, dengan menggunakan teknologi AR ini dapat membantu dalam penggunaan pembuatan model bahan sains secara maya.


       Sebagai contoh model peralatan makmal kimia. Dengan membangunkan model peralatan secara maya, kita dapat memperkenalkan peralatan dengan lebih mudah . hanya sekadar scan pada penanda AR maka model peralatan tersebut akan terpapar dan menunjukkan ciri-ciri yang ada pada peralatan tersebut. Disitu pihak makmal tidak perlu lagi merisaukan akan keselamatan peralatan kerana ia tidak akan mudah rosak ataupun hilang. ia juga mampu mengurangkan ruang penyimpanan dan juga kos perbelanjaan peralatan sesebuah makmal kimia. Selain daripada model peralatan, kita juga boleh menggunakan teknologi AR ini untuk membuat model bahan-bahan kimia dimana dengan mencipta model bahan kimia tersebut dan apabila kita scan penanda AR maka akan terpapar model maya bahan kimia tersebut dan disamping itu disertakan sekali butiran tentang bahan serta maklumat keselamatan bahan tersebut.

       Dengan kaedah ini serba sedikit membantu menyampaikan maklumat bahan kimia kepada pelajar tanpa merisaukan keselamatan pelajar iaitu pelajar tidak terdedah kepada bahan kimia tanpa menggunakan Personal Protection Equipment.Faedah kepada pihak universiti pula sekiranya dengan menggunakan teknologi AR ini dalam pengajaran dan pembelajaran ia akan melonjakkan lagi nama universiti dimata dunia dan mungkin akan membantu dalam melonjakkan ranking universiti. Dimana tidak banyak universiti yang menggunakan teknologi AR ini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran pada ketika ini.

Johor Darul Takzim

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by bridging2017. Proudly created with Wix.com

bottom of page