top of page

Laporan lawatan ke Magic-X

  • Writer: Abam Buntat
    Abam Buntat
  • May 28, 2016
  • 3 min read

Laporan lawatan ke MagicX

Pada 28 april 2017, kumpulan kursus peralihan pembantu makmal (c19/c22/c26) ke penolong pegawai sains telah mengadakan lawatan ke Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGIC-X). Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan penggunaan teknologi pada zaman kini atau atau lebih dikenali sebagai zaman revolusi teknologi 4.0. kami berkumpul di bangunan T03, UTM skudai pada pukul 9.00 pagi dimana terletaknya lokasi MaGIC-X ini. Kedatangan kami disambut mesra oleh seorang jurutera sistem MaGICX iaitu Encik Ab Al Hakam Bin Ab Rahman.

Kemudian para Peserta telah dibawa ke sebuah dewan utama untuk sesi pengenalan kepada MaGIC-X. Encik Ab Al Hakam orang bertanggungjawab menerangkan serba sedikit kepada peserta mengenai MaGIC-X, Visi dan misi serta program- program yang dijalankan dan telah dilaksanakan oleh MaGIC-X dan juga peralatan dan kelengkapan yang dimiliki oleh MaGIC-X

Pengenalan tentang Magic-X :

MaGIC-X telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan sebuah projek kerjasama diantara UTM dan Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) untuk mewujudkan pusat yang memberi tumpuan kepada industri kreatif termasuk animasi dan permainan. Ia adalah selaras dengan dasar kerajaan iaitu dasar industri kreatif negara (national Creative Industry Policy) dimana ia merupakan sebuah matlamat untuk mewujudkan peluang bagi orang-orang didalam industri kreatif, generasi akan datang dan industri lain yang berkaitan untuk dapat mewujudkan pelbagai idea, kreativiti serta inovasi yang boleh dikomersialkan. MaGIC-X juga telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 6 december 2016.

Misi MaGIC-X

MaGIC-X juga bercita-cita untuk menjadi destinasi kreativiti terbaru di asia dengan mengekalkan diri sebagai pusat permainan yang mencipta harta intelek daripada pakar-pakar penyelidikan dan industri dalam pembangunan permainan disamping membangunkan program inkubator yang membantu dan memajukan syarikat permulaan untuk menjadi peserta industri bertaraf dunia dalam gamification.

MaGIC-X mempunyai kemudahan makmal interaktif yang canggih seperti :

  • Mixed and Virtual Environment Lab

  • Image Processing Lab

  • Computer Vision Lab

  • Multimedia Software Engineering Lab

  • Medical Computing Lab

  • Computer Interaction Lab

  • Human Interface Lab

  • Usability Lab

  • Animation and Creative Technology Lab

  • Game Anthology and Cultural Lab

  • Speech and Signal Processing Lab

  • Visualization Lab

  • Multi Device Lab

  • Multimedia and Software Innovation Lab

  • Emerging Technology Lab

MaGIC-X juga dilengkapi dengan keupayaan teknikal berteknologi seperti Augmented and virtual reality, microsoft kinect, Leap motion, Hologram, Data Glove, Motion Capture, Brain Computer Interaction, simulation, Visualisation, Computer vision, Advanced CG dan 3D printing.

Hampir satu jam kami berdiskusi tentang MaGIC-X, kemudia peserta ditunjukkan teknologi kinetik yang ada didalam dewan tersebut. Para peserta dibenarkan mencuba dan merasai sendiri pengalaman bagaimana mengawal sesebuah sistem perisian tanpa menggunakan kekunci atau tetikus. Hanya memerlukan peranti kinetik semua kawalan dapat dilakukan.

Seterusnya Peserta dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri kelengkapan yang dimiliki oleh Magic-X. tibanya peserta disana, Encik Ab Al Hakam menunjukkan kepada peserta hasil karya dan ciptaan-ciptaan syarikat yang pernah berkerjasama dengan MaGIC-X seperti Coolcode, Rabbani media, next evolution, Didi and friends dan juga Animonsta. Antara yang menarik minat peserta ialah hasil rekaan dari syarikat coolcode iaitu perisian Rainbow Jawi. Rainbow Jawi merupakan sebuah permainan secara interaktif yang dibangunkan oleh coolcode untuk tujuan memudahkan kanak-kanak mempelajari penggunaan dan penulisan jawi secara interaktif. Ia merupakan suatu aplikasi yang akan menarik minat kanak-kanak yang gemarkan karakter kartun sebagai model pembelajaran.

Seterusnya kami diperkenalkan pula akan teknologi printer terkini iaitu printer 3D dimana sebuah mesin teknologi baru yang bertindak seolah-olah sebagai kilang kecil yang mampu menghasilkan objek 3D terus dari komputer. Dengan hanya menggunakan software designing di dalam komputer, pengguna boleh terus mencetak objek fizikal seperti mana yang pengguna mahukan. Begitu canggihnya teknologi pada zaman kini. Pelbagai rekabentuk dapat dicipta tanpa menghantar ke kilang untuk dijadikan model rekabentuk.

Kemudian kami dibawa untuk melawat bilik-bilik latihan yang digunakan oleh MaGIC-X untuk menjalankan aktiviti latihan serta mesyuarat. Ternyata kemudahan yang dimiliki oleh MaGIC-X begitu canggih kerana bilik-bilik tersebut tidak lagi menggunakan projektor tetapi telah menggunakan tv interaktif.

Kesimpulan

Daripada lawatan ini, para peserta memperolehi banyak pengetahuan tentang teknologi terkini atau lebih dikenali sebagai teknologi 4.0 yang boleh diaplikasikan dalam penggunaan seharian mahupun pekerjaan. Tidak disangkal lagi teknologi ini dapat membantu dalam merealisasikan pembangunan pada masa akan datang. Semoga ia dapat memberi manfaat pada semua khususnya rakyat malaysia dalam mencapai tahun 2020. Sekian, Terima kasih.

Commentaires


Johor Darul Takzim

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by bridging2017. Proudly created with Wix.com

bottom of page