
FIZIK
(P0001)
Prof. Madya, Dr Karim Bin Deraman
PROFESOR MADYA (DS54)
Fakulti Sains
Jabatan Fizik
Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia
Email : karimderaman@utm.my
Tel : 075534091
website:

apa itu fizik ?
Fizik ialah bidang sains yang menkaji fenomena alam semulajdi yang berlaku dalam kehidupan seharian. fizik juga menerangkan sifat atau gambaran sesuatu objek melibatkan konsep atau kaedah tertentu. kepentingan fizik adalah memperbaiki kualiti hidup dan membawa manfaat serta keselesaan kepada masyarakat. kemahiran saintifik juga diperlukan untuk mengkaji, memahami dan mengaplikasi konsep dan prinsip fizik. fizik terbahagi kepada bidang kajian seperti fizik atom, mekanik, gelombang, fizik angkasa, elektronik, optik, haba, elektirk dan juga magnet.
![]() | ![]() | ![]() |
---|
BAB 1
Asas Pengukuran dan Unit SI
dalam bab ini dibincangkan mengenai konsep asas Fizik iaitu bagaimana fizik terlibat dengan kehidupan seharian manusia, sifat atau gambaran dan kepentingan fizik. peserta juga diterangkan kaedah mengukur kuantiti fizik iaitu berkaitan Unit pengukuran asas dan Unit Terbitan serta bentuk piawai yang sering digunakan di dalam catatan data di dalam kajian Fizik.


BAB 2
Cahaya dan Optik
diterangkan berkenaan fungsi cahaya dan optik dalam aktiviti seharian manusia dengan melibatkan beberapa teori asas. Antaranya adalah melibatkan hukum pantulan, pembiasan dan kehantaran cahaya di dalam suatu medium. dalam sesi ini, semua hukum tersebut dikaji dengan menggunakan cermin satah, cermin cembung dan juga cermin cekung. diantara aplikasi kanta yang terdapat dalam kehidupan seharian ialah dengan terhasilnya cermin mata, kamera, teleskop, dan binokular yang dapat menyelesaikan masalah yang ada di persekitaran hidup manusia.
BAB 3
Elektrik
didalam bab ini membincangkan tentang penemuan, penghasilan dan penjanaan elektrik. peserta juga diterangkan tentang kewujudan medan dan keupayaan elektrik. didalam pengaliran arus elektrik pula, konduktor dan perintang memainkan peranan yang sangat penting dimana kedua-duanya mempunyai peranan dan fungsi tersendiri dalam arus elektrik.


AMALI
Pengukuran Asas
terdapat 3 tugasan amali yang perlu dilaksanakan iaitu :
pengukuran bongkah kayu
pengukuran bebola besi
mengkaji hayunan