top of page
Asphalt

Apa itu Program Bridging ?

Program Bridging

Kursus Peralihan @ Program Bridging adalah merupakan program usahasama yang dibuat oleh pihak universiti dan JPA. Program ini merupakan sebahagian daripada syarat kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) bagi jawatan Pembantu Makmal (C19/22/26) ke Penolong Pegawai Sains (C29). Ia juga bertujuan untuk melahirkan staf (Pembantu Makmal) yang mempunyai kompetensi yang cekap dan terlatih serta berpengalaman dalam mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran bersama pelajar dan juga staf akademik.


Terdapat 3 tahap yang wajib disertai oleh semua peserta.

Pengiktirafan bertaraf Diploma diberikan kepada peserta yang berjaya mengikuti dan lulus keseluruhan

tahap yang ditawarkan.


Terdapat beberapa Universiti Awam yang menawarkan program ini. Salah satu universiti yang mengambil bahagian pada sesi 2016/2017 adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) Pejabat Pendaftar, UTM ini, turut disertai oleh beberapa universiti awam yang lain seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sebuah jawatankuasa khas yang terdiri dari kakitangan pentadbiran, keselamatan dan juga kakitangan akademik ditubuhkan untuk menyediakan silibus atau modul, format yang perlu diikuti oleh peserta bagi menjayakan program ini.

download (1).png

Program Bridging

Mata pelajaran bagi Sem 2 sesi 1

Dr. Azman bin Abdul Samad

Biologi

Prof Madya Dr. Azli bin Sulaiman

Kimia

Prof Madya Dr. Karim bin Deraman

Fizik

Prof. Dr. Radzuan bin Junin

Geologi

Prof Madya Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar

Teknologi Maklumat

Johor Darul Takzim

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by bridging2017. Proudly created with Wix.com

bottom of page