top of page

Google Apps

  • Writer: Abam Buntat
    Abam Buntat
  • May 28, 2016
  • 2 min read

Google Apps

Google Apps terdiri daripada pelbagai aplikasi yang disediakan oleh pihak google. Aplikasi ini di reka bagi memudahkan pengguna dalam menlakukan kerja harian. Antaranya adalah Gmail, Google Plus, Drive, Docs, Sheets, Slides, Forms, Calendar dll.

Email bermaksud e-surat atau surat elektronik. Gmail ialah surat elektronik yang di sediakan oleh pihak Google kepada penggunanya secara percuma yang di panggil Gmail. fungsi Gmail memudahkan kita untuk berhubung secara langsung dengan keluarga atau rakan-rakan yang juga perlu ada surat elektronik. Melalui Gmail ini kita boleh menghantar dokumen dan gambar. Dengan Gmail juga kita boleh membuat panggilan "video call" atau menghantar mesej melalui conversation.

Google + adalah merupakan satu aplikasi yang fungsinya hampir serupa dengan Facebook. pihak Google mewujudkan Google + adalah bertujuan untuk menyaingi Facebook dan menggalakkan pengguna Google tidak menggunakan aplikasi lain selain daripada aplikasi Google.

Dropbox, Skydrive dan iCloud adalah merupakan contoh ruang simpanan data secara maya. begitu juga Google, ia mempunyai cloud storage yang di kenali sebagai Google Drive. Di aplikasi ini kita dapat menyimpan pelbagai data yang penting tanpa perlu merisaukan akan risiko di jangkiti serangan virus. tidak seperti Komputer yang begitu mudah untuk di jangkiti virus. Maka google drive menjadi satu alternatif untuk kita menyimpan atau menyelamatkan data penting dari hilang mahupun dijangkiti virus.

Google juga ada menyediakan aplikasi kalendar. Calendar ini memudahkan kita untuk menyimpan tarikh-tarikh penting yang perlu kita ingat. Calendar juga memberikan kita fungsi sebagai reminder. Calendar ini sangat berguna dalam pekerjaan saya sebagai Pembantu Makmal dimana, Saya menggunakan aplikasi Google Calendar ini sebagai satu kaedah dalam tempahan penggunaan makmal. Dengan cara ini saya dapat view dan akses Calendar saya di mana sahaja termasuklah mengakses dari telefon bimbit.

Google Docs adalah merupakan aplikasi yang menyerupai dengan fungsi Microsoft Word, manakala Google Sheets sama seperti Microsoft Excel dan Google Slides pula seperti Microsoft Power Point. Kelebihan aplikasi ini adalah ia boleh di gunakan secara maya dan juga secara berkumpulan. Maksud berkumpulan ialah dimana satu fail itu boleh di kongsikan bersama rakan-rakan yang telah di beri kebenaran "sharing" kepada fail tersebut dan ia boleh di ubahsuai secara serentak oleh mereka yang mempunyai akses kepada fail tersebut.

Maps - Dapat membantu sebagai navigasi GPS, mengetahui maklumat trafik dan jalan, ia juga boleh digunakan sebagai medium perkongsian tempat-tempat menarik seperti hotel, restoran dan sebagainya. bukan itu sahaja fungsi google maps ini, ia juga boleh memeriksa maklumat pengangkutan awam, grab dan uber serta juga menyediakan platform untuk penambahbaikan sistem google maps ini.

Comments


Johor Darul Takzim

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by bridging2017. Proudly created with Wix.com

bottom of page